Wednesday 16 October 2013

Bila Sakit Itu Bermula......

Tanpa diduga ia datang dlm hidup kita.  Tanpa amaran, tanpa suara. 23 Jun 2000 segalanya bermula. Umi disahkan mendapat kanser payudara. Penyakit yang amat ditakuti oleh mana2 wanita di dunia ini. Tak akan ada org yg ketawa bila mendapat tahu dia mendapat penyakit. Tiada apa yg tergambar waktu itu. Segalanya kosong. Yang terbayang hanyalah wajah kakak yg baru berumur 1 tahun.  Dapatkah umi menatap wajah kakak sehingga kakak dewasa???? bagaimanakah keadaan kakak sekiranya umi ditakdirkan pergi dahulu. Abah???? abah seorang lelaki. Dia pasti tahu apa yang perlu dilakukan olehnya. Tapi kakak terlalu muda untuk memahami hakikat kehidupan.  Umi betul2 terpana. Amalan umi tidak sebanyak mana sekiranya umi dipanggil mengadap Ilahi pada waktu itu. Apakah bekalan yang perlu umi bawa untuk mengadap Ilahi........

Monday 14 October 2013

Mengapa Blog????

Dulu-dulu suka sgt tulis diari. Waktu muda-muda katakan. Tapi dgn peralihan waktu, ada antara diari tu entah di mana letaknya. Puas cari tak jumpa. Dahlah byk luahan hati kat dalamnya. Sekarang menulis di alam maya. Takan hilang punya. Mungkin tak ada orang yang akan membacanya..cukup sekadar menjadi tatapan anak-anak bila umi telah tiada nanti. Mungkin boleh dijadikan panduan dalam mengharungi kehidupan ini.

Sunday 13 October 2013

First time....

13/10/2013 - First time menulis kat blog ni. Baru belajar menulis blog. Sebelum ni asyik baca blog orang lain. Nak tulis tak reti. At last belajar bukak blog dengan adik.....dapat jugak. Tak tahu nak tulis apa lagi. Tak apalah first time menulis.